JellyPages.com

Wednesday, November 27, 2013

UNREQUITED LOVE


   Ya.. Agak lama aku tidak bermadah dan bertinta di blog aku. Nampak berhabuk sedikit.
Dan agak tidak juga aku percaya. Blog yang wujud atas cinta aku terhadap seorang lelaki itu, berakhir seperti tragedi. TRAGEDI OKTOBER.

          
 Agak lucu. Cinta aku berakhir begitu sahaja. Di tinggal mantak-mantak. Bak kata orang Sarawak. Hurm. Kiranya macam aku kena replace lah. Sebab dia jumpa orang yang serupa, perangai, olah dan pendek katanya, aku. Dia jumpa orang yang boleh replace aku. Aku sangka, aku sahaja yang boleh jadi macam aku. Aku tidak pernah mengiktiraf ada orang lain yang serupa macam aku. 100%! Aku tidak setuju.

         
 Aku... Kamu kenal aku, aku mungkin macam perempuan lain. Yang normal. Jatuh cinta, sakit, marah, sakit hati. Ya.. Macam perempuan lain yang boleh dijumpai, di sekolah, kedai makan, even di tepi jalan. Tapi... Bagi aku, benda macam tu tidak wujud. Diri aku, hanya aku yang punya, perangai aku, aku yang punya. Jika kamu lihat perangai aku pada diri orang lain... TIDAK. Itu bukan aku.


Oh. Title aku. UNREQUITED LOVE. Yupp. Itu Papa. Dia tinggalkan aku.  
               17 Oktober 2013.
Aku menangis 3 hari, 3 malam kerana perkara yang agak bodoh. Aku sangat tidak boleh lepaskan dia. Ya. Sampai hari ini. Aku tahu, and aku faham kenapa dia tinggalkan aku. Cuma aku tidak dapat terima dia tinggalkan aku secepat mungkin. HAHAHA.
Buruk mungkin aku ni. Perangai pun teruk. Mana lah orang mau tahan. Hari tu, aku push papa sampai limit dia. Aku rasa, dia benci dengan aku. Ahaha. Entahlah. Aku pun tidak pasti kenapa aku buat begitu. Aku cuma mau, dia rasa apa yang aku rasa, dia sengsara macam aku sengsara, dia sedih macam aku sedih, dia macam mau gila macam aku mau gila. Aku mau dia rasa semua tu. Aku berdoa agar perempuan yang couple dengan dia sekarang, akan tinggalkan dia. Aku harap semua benda tu berlaku. Sangat berharap. Aku mau dia nangis macam mau mati. HAHAHAHA. 


Aku berdendam. Ya. sebab dia tinggalkan aku macam tu ja. Lepas kami gaduh. Aku dapat rasa yang dia jauh dari aku. Aku rasa bodoh juga sebab tanya soalan yang aku memang sudah tahu, dan papa pun tidak akan tipu aku. Sungguh papa, memang tidak faham perasaan perempuan. Aku rasa macam mau mencarut ja di sini. TAPI tidak. Aku faham diri aku macam mana. Otw mau move on kunu. Sampai sekarang aku masih rasa kehilangan. Aku masih mau dengan papa. Nampak kebodohan di situ ya. -__-! Apa boleh buat la...


Aku lagi faham diri aku macam mana. Papa buat keputusan dia sendiri. Tiada langsung aku dalam hidup dia sekarang. Hanya perempuan itu. hahhhh~ Nasib aku macam ni. Apa boleh buat la.... Nangis pun tiada guna. Dia tidak akan pernah kisah lagi pasal aku.


End of our story. :'(